YB Vidyananthan A/L Ramanadhan pernah berkhidmat sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara sebelum beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kahang N.31(ADUN KAHANG). Selain itu, beliau juga memegang beberapa jawatan lain seperti Bendahari MIC Negeri Johor, Ketua Cawangan MIC Bukit Pasir Batu Pahat, Ahli Lembaga Pengurusan MSN Negeri Johor, Presiden Persatuan Bola Sepak India Batu Pahat dan Penasihat Persatuan Kabbadi Negeri Johor.
Beliau pernah menuntut di English College JB sebelum menyambung pelajaran ke Uni. Lincolnshire & Humberside dalam bidang undang-undang. YB Vidyananthan telah mendirikan rumahtangga dengan Pn. Rajini A/P Thanapalan dan dikurniakan dua orang anak.
Beliau selaku ADUN Kahang yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor sentiasa bergerak aktif dalam usaha memastikan kebajikan rakyat terutamanya mereka yang berada di bawah kawasan jagaannya terjaga. Terbaru, beliau telah membuat lawatan ke rumah dan menyampaikan sumbangan kerusi roda di Felda Kahang Timur dan Felda Kahang Barat. Beliau juga membuat lawatan ke PDK Gugusan Kahang Di Felda Kahang Timur. Selain itu, beliau turut meluluskan bantuan segera sebanyak RM15,000 kepada Sekolah Agama Felda Kahang untuk tujuan penambahbaikan.
http://www.johortimes.my
Diari YB @Vidyananthan Adun Kahang camera iphone 8 plus apk | |
| Likes | Dislikes |
| 178 views views | 20K followers |
| News & Politics | Upload TimePublished on 18 Jan 2016 |
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét